Tafsir Al-Quran

K

ebanyakan golongan wanita bertungkus-lumus melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung pendapatan suami masing-masing. Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, maka Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) merancang aktiviti khusus melibatkan wanita. Bagi memastikan wanita sentiasa aktif, beberapa aktiviti kerap diadakan seperti kelas tafsir Al-Quran dan marhaban, kelas Fardu Ain dan bacaan Yasin.

“ Penglibatan wanita dalam aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang serta merapatkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung.”

 
   

Selain itu, terdapat juga sebahagian kaum wanita bergiat aktif dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Mereka mengusahakan pembuatan kuih tradisional seperti baulu yang sering mendapat tempahan dan permintaan dari penduduk sekitar. Penglibatan wanita dalam aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang serta merapatkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK