Tempat Rujukan
erpustakaan Awam Lanchang merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk meningkatkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan masyarakat hari ini.
 |
|
| Seorang wanita sedang melayari Internet di Perpustakaan Awam Lanchang |
|
|
Perpustakaan Awam Lanchang dibuka pada tahun 1997. Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat yang selesa di kalangan pelajar dan penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa menggunakan kemudahan yang disediakan. Kebanyakan sumber buku yang ada di sini dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan ini adalah pertandingan membaca paling banyak dan mewarna bagi kanak-kanak. Penduduk menggunakan kemudahan Internet yang disediakan oleh perpustakaan ini untuk membuat rujukan dan kajian. Selain itu, Perpustakaan Awam Lanchang juga menjadi tempat mencari maklumat bagi pelancong-pelancong yang ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Lanchang.
Perpustakaan ini di bawah seliaan dua pembantu perpustakaan iaitu Norsyazliana Mohammed dan Ida Hartini Mohammad. Beliau bertanggungjawab menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. |