Dato’ Bahaman Bangun Memberontak
awasan perkampungan Lanchang seluas 1,370 hektar terletak dalam Mukim Semantan. Pada masa dahulu kawasn ini merupakan hutan belukar yang kemudiannya diteroka untuk dijadikan penempatan penduduk. Menurut cerita lisan, nama Semantan berasal dari nama dua orang peneroka adik-beradik bersama Seman dan Tan.
|
“Dato’ Bahaman yang sakit hati atas tindakan pihak Inggeris, menyerang Inggeris apabila tiga pengikut beliau ditangkap dengan tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa izin.” |
| |
|
Selain itu, Mukim Semantan dikaitkan dengan kisah sejarah pahlawan Melayu, Dato’ Bahaman. Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman Tuanku Imam Noh yang berasal dari Kampung Rantau Panjang. Pada 1891, tercetus insiden Semantan antara Dato' Bahaman dan pihak Inggeris disebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya tidak berpuas hati terhadap campur tangan Inggeris dalam pentadbiran negeri Pahang. Keadaan itu diburukkan lagi apabila Tengku Mahmud dilantik sebagai Tengku Besar dan Inggeris mengusulkan kepada Sultan supaya memecat Dato Bahaman sebagai Orang Besar Delapan.
Akibatnya Dato’ Bahaman yang sakit hati atas tindakan pihak Inggeris, menyerang Inggeris apabila tiga pengikut beliau ditangkap atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa izin. Beliau telah menentang pihak Inggeris dan menyelamatkan tiga pengikutnya yang ditangkap dan kemudiannya menawan Balai Polis Lubuk Terua. Penentangan beliau telah menyebabkan beberapa tokoh seperjuangan bangkit menentang Inggeris. |