Penduduk Pelbagai Ras
ianggarkan penduduk di sekitar Lanchang berjumlah 16,620 orang yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan keturunan. Kaum Melayu mewakili 80.6 peratus daripada jumlah penduduk dan selebihnya kaum India 6 peratus, Cina 8.3 peratus dan kaum-kaum lain seperti orang asli 5.1 peratus.
Penduduk Lanchang terkenal dengan sikap mesra, bersopan-santun dan berbudi bahasa. Setiap kaum sentiasa menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain. Sikap tolak ansur dan tolong-menolong menjadi pegangan agar perpaduan antara kaum terpelihara. |