Taman Pengeluar Makanan

 
 
Taman utama pengeluaran makanan di Lanchang
S

ektor pertanian memerlukan transformasi baru supaya berdaya saing di bidang ekonomi dan komersial. Pemodenan di bidang pertanian juga dapat membantu mengukuhkan ekonomi penduduk. Justeru bagi penduduk di Mukim Semantan, pertanian utama mereka ialah getah dan kelapa sawit. Terdapat beberapa ladang getah dan kelapa sawit yang diusahakan oleh penduduk kampung di bawah konsep pekebun kecil. Dianggarkan seluas 20,440 hektar tanah dikhaskan untuk kawasan tanaman getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan.

Selain itu, kerajaan Pahang telah membangunkan tanah seluas 7,000 hektar di Lanchang sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di bawah Projek Pertanian Moden. Projek ini memfokuskan tanaman komersial dan buah-buahan tidak bermusim. Pemilihan kawasannya agak strategik kerana ia terletak di antara Daerah Temerloh, Maran dan Bentong. Antara jenis buah-buahan yang diusahakan ialah betik, pisang, nangka dan belimbing. Hasil buah-buahan ini terutama belimbing dan betik dieksport ke Singapura, Eropah dan negara-negara Timur Tengah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK