Pelajaran Diutamakan
ntuk membentuk manusia yang berilmu, kerajaan telah menyediakan dan membina pelbagai kemudahan infrastruktur di Pekan Lanchang. Antara kemudahan tersebut termasuklah sebuah Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Tabika Kemas . Di antara sekolah rendah yang berhampiran dengan Pekan Lanchang ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung. Bagi sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang antara yang berdekatan dengan penduduk sekitar Lanchang. Selain itu, kelas-kelas agama Fardu Ain juga turut disediakan kepada anak-anak di sini. Pilihan sekolah-sekolah terbaik tentunya menarik minat lebih ramai anak-anak penduduk Lanchang untuk mendapat pendidikan yang sempurna bagi meningkatkan tahap pendidikan bermutu. Pendidikan menjamin kehidupan lebih sempurna dan peluang yang tinggi untuk menjawat jawatan bersesuaian.
|