Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah

Pemuliharaan Haiwan

K

epupusan haiwan-haiwan kerana sikap manusia yang memburu binatang, pencemaran alam dan sebagainya telah mendorong kerajaan Negeri Pahang membangunkan sebuah pusat pemuliharaan haiwan. Pada masa sama pusat ini menjadi tarikan pelancong yang berhasrat melihat dengan lebih dekat lagi haiwan-haiwan liar. Dua buah pusat pemulihan haiwan yang terkenal di Lanchang ialah Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah dan Taman Deerland. Pusat ini dibuka kepada pelawat dan mereka diberi kesempatan untuk “bermesra” dengan membelai haiwan tersebut.

““...yang menariknya pengunjung diberi kesempatan untuk “bermesra” dengan membelai haiwan tersebut”

 
   

Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah

 
Pelancong ini tidak melepaskan peluang untuk bersama gajah
 

Sambil melawat Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah para pelancong berpeluang memahami pelbagai aspek kehidupan dan habitat gajah. Sebagai satu usaha pendidikan, pelawat akan dipertontonkan dengan tayangan video berkaitan habitat gajah serta kerja-kerja pemuliharaan dan pemindahan gajah dilakukan. Kemudian, pelancong berpeluang bermesra dengan gajah-gajah iaitu memberinya makan pisang, betik dan tembikai. Walaupun gajah merupakan haiwan liar, namun gajah-gajah yang terdapat di sini amat jinak. Terdapat 14 ekor gajah yang diperoleh dari Myamar, Thailand, India dan Vietnam.

Keterujaan para pelawat disemarakkan lagi dengan aktivti menunggang gajah atau dikenali sebaga Jumbo Ride. Mereka juga berpeluang menyaksikan aktiviti memandikan ketika gajah-gajah tersebut merebahkan diri ke dalam sungai untuk dimandikan. Pelancong juga boleh menunggang gajah itu dan membiarkan ia rebah ke dalam sungai. Haiwan ini kelihatan manja apabila pekerja-pekerja di sini membersihkan dan memandikannya. Bukan sekadar berlibur dan berseronok, program ini juga diselitkan dengan kegiatan amal apabila sebahagian daripada yuran penyertaan lawatan disumbangkan kepada Tabung Amanah Gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.

Deerland Park

 
 
Rusa-rusa di Taman Deerland

Bersebelahan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, terletaknya Taman Deerland Park. Taman ini menawarkan satu destinasi pelancongan yang unik di mana manusia, haiwan dan alam semula jadi dapat berinteraksi menjadi satu. Walaupun dinamakan Taman Deerland, bukan hanya rusa dipelihara di sini tetapi terdapat juga beruang madu (Sun Bear), arnab, landak, burung kasuari dan merak. Bukan sekadar melihat, pengunjung dapat memegang dan membelainya dengan lebih dekat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK