Pusat Pelancongan
| |
 |
| |
| Rusa-rusa di Taman Deerland |
|
anchang merupakan sebuah pekan kecil di Pekan Karak, Mentakab berdekatan Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. Jarak perjalanan ke Pekan Lanchang sejauh 40 kilometer dari bandar Temerloh. Sebelum memasuki Daerah Lanchang, anda akan melalui kawasan pekan kecil berkonsep lama dengan rumah kedai yang didirikan dengan menggunakan kayu dan papan. Lanchang terkenal dengan Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah dan Taman Deerland di Bukit Rengit, Lanchang. Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah dan Taman Deerland menawarkan pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan. Para pengunjung boleh bermesra dengan haiwan tanpa pagar atau halangan kepada pengunjung yang berani.
Selain kawasan pelancongan, Lanchang juga terkenal dengan Projek Pertanian Moden. Projek ini dijangka dapat menjadikan Pahang sebagai pengeluar utama buah-buahan tempatan menjelang 2020. Konsep agropelancongan amat bersesuaian dengan Negeri Pahang yang kaya dan subur dengan hasil bumi. Oleh itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sektor agropelancongan manakala Kementerian Pelancongan Malaysia menguruskan promosi pelancongan Pahang. Perpustakaan Awam Lanchang terletak lebih kurang dua kilometer dari Pekan Lanchang.
|