Penjual Baja

P

erusahaan baulu yang dijalankan oleh kaum wanita diusahakan menerusi program Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Perusahaan tersebut disertai oleh Kamariah Samsuddin, Khairiah Ahmad dan Normah Mohammad bersama tiga pengusaha lain. Perusahaan ini sebenarnya telah bertapak lebih kurang 26 tahun lalu sejak tahun 1982. Pengusaha-pengusaha tersebut berupaya menghasilkan sehingga 1,000 biji baulu sehari dengan beroperasi di Balai Raya Kampung Tedong. Perusahaan kuih tradisional ini mendapat bantuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tedong dan agensi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS). Bantuan yang diberikan berupa peralatan membakar baulu di samping khidmat nasihat pemasaran.

 
Kaum wanita Lanchang sering bertukar-tukar pandangan
 

Menjual Baja

Mohd Hashim Mausin pula menjalankan perniagaan menjual baja tanam-tanaman sejak dua tahun lepas. Pelanggannya merupakan para petani di kawasan sekitar. Beliau mendapatkan baja-baja tersebut dari Lembaga Pertubuhan Perladangan (LPP) Temerloh Barat seperti baja sawit, baja susu, baja akar dan baja garam. Beliau juga menjual baja-baja tersebut kepada para pekebun di kawasan sekitar Bentong dan Temerloh dengan harga kira-kira RM90.00 seguni.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK