Kesihatan Tidak Diabaikan

K

erajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti hospital besar, klinik kesihatan, klinik pergigian dan klinik bagi ibu-ibu mengandung. Antara kemudahan kesihatan yang disediakan di Lanchang ialah Poliklinik Masyarakat Lanchang. Poliklinik ini terletak dua kilometer dari Pekan Lanchang dan terletak bersebelahan dengan dewan orang ramai dan perpustakaan awam. Poliklinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

“Namun untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubat, penduduk di situ boleh ke Poliklinik Masyarakat Lanchang. ”

 
   

Poliklinik ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Lanchang dan kawasan rumah berdekatan. Poliklinik Masyarakat Lanchang memberikan perkhidmatan rawatan pesakit luar dan kemudahan rawatan kecemasan 24 jam. Di samping itu, Poliklinik Masyarakat Lanchang menyediakan perkhidmatan doktor on-call. Penduduk boleh membuat panggilan kepada doktor bertugas pada ketika itu tanpa mengira waktu. Poliklinik ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan yang moden untuk perawatan kesihatan bagi setiap golongan umur.

Selain itu, terdapat juga klinik desa yang berdekatan dengan Lanchang antaranya Klinik Desa Kuala Kuang yang terletak dua kilometer dari Poliklinik Masyarakat Lanchang. Klinik Desa Kuala Kuang hanya memberi perkhidmatan kesihatan bagi kanak-kanak dan ibu mengandung sekitar kawasan Kuala Kuang sahaja. Namun untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubat, penduduk di situ boleh ke Poliklinik Masyarakat Lanchang

 
 
Penafian | Laman Web KTAK