Keselamatan Diambil Berat
oal keselamatan di kampung ini di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat sebuah balai polis dan balai bomba berdekatan dengan kawasan kampung. Balai Polis Lanchang terletak di dalam Pekan Lanchang sejauh dua kilometer dari Perpustakaan Awam Lanchang. Jika terdapat sebarang aduan atau masalah berkaitan, penduduk tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pertolongan daripada luar dengan adanya perkhidmatan keselamatan 24 jam oleh pihak berkenaan.
Terdapat juga Rukun Tetangga di kampung-kampung yang terdapat di sekitar Lanchang. Rukun Tetangga ini ditubuhkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Mereka bertanggungjawab membuat rondaan dan menyelia kawasan-kawasan perumahan yang terdapat di dalam Pekan Lanchang. Aspek keselamatan merupakan perkara utama yang dilakukan oleh pihak Rukun Tetangga. Selain itu, mereka juga mempunyai biro-biro tertentu dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan perumahan sentiasa terjaga. |