Permudah Urusan
emudahan asas yang terdapat di Lanchang lengkap dengan prasarana yang dibangunkan oleh Majlis Daerah Temerloh. Penduduk Lanchang kini menikmati bekalan air bersih dan juga bekalan tenaga elektrik. Selain itu, jalan raya yang berturap membolehkan orang ramai datang ke sini tanpa sebarang masalah. Penduduk juga mudah untuk ke bandar yang berdekatan bagi berurusan hal-hal penting.
Kemudahan prasarana yang lain seperti dewan orang ramai, klinik kesihatan, klinik desa, perpustakaan awam, sekolah, masjid, surau dan taman permainan turut disediakan bagi memudahkan penduduk Lanchang. Selain itu, sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi turut disediakan bagi memudahkan penduduk berulang alik dengan kadar bayaran yang berpatutan. Pengangkutan awam menjadi pilihan penduduk untuk berulang alik ke Temerloh, Bentong dan bandar berdekatan. |