Lanchang masih mengekalkan ciri-ciri kampung

42 Kampung Tradisional

L

anchang terletak dalam Mukim Semantan dan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Temerloh. Terdapat lima buah kawasan penempatan yang wujud di Lanchang iaitu 42 buah Kampung Tradisional, lima buah Kampung Orang Asli, sebuah Kampung Baru Cina, dua buah tanah rancangan FELDA dan dua buah kawasan estet. Kampung-kampung tersebut terletak di Mukim Semantan di bawah pengendalian13 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Masing-masing ialah JKKK Sungai Kepong, JKKK Kampung Bangsu, JKKK Rantau Panjang, JKKK Sementeh dan JKKK Kuala Kaung. Lain-lain ialah JKKK Mempateh, JKKK Tedong, JKKK Teris, JKKK Chempaka, JKKK Bolok Hilir dan Hulu, JKKR FELDA dan juga JKKK Kampung Baru.

Terdapat 52 buah kampung dalam Mukim Semantan yang antaranya ialah Kampung Tedong, Kampung Mampateh, Kampung Teris dan Kampung Kuala Kaung. Walaupun terdapat banyak kampung di dalam Mukim Semantan namun jarak antara kampung-kampung berkenaan sekadar satu hingga dua kilometer sahaja. Kebanyakan penduduk Lanchang mempunyai kenderaan sendiri selain menggunakan perkhidmatan kenderaan awam seperti bas dan teksi.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK