Usahawan Tani
ampir 90 peratus penduduk di sekitar Lanchang menjalankan aktiviti perladangan seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Di samping itu, segelintir penduduk bakal menjadi usahawan tani menerus program pertanian moden yang mengusahakan tanaman buah-buahan bermusim atau tropika. Melalui bantuan agensi-agensi kerajaan yang terbabit, dijangka usahawan tani bakal meraih pendapatan empat angka sekali gus merubah corak hidup mereka berbanding mengusahakan pertanian secara konvensional.
“usahawan tani yang bakal lahir dijangka memperoleh pendapatan lumayan kerana pasaran buah-buahan tropika terbuka luas sehingga ke peringkat antarabangsa ” |
|
| |
|
Dalam pada itu, beberapa kegiatan menerusi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang kepada pendapatan penduduk. Melalui IKS beberapa orang usahawan terlibat dalam penternakan ikan patin dan tilapia. Di samping itu, ada juga yang menternak lembu, kerbau dan juga kambing secara sederhana.
|