| |
Atas kesedaran akan kepupusan haiwan liar, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mendirikan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah dan Taman Deerland yang terletak di Bukit Rengit, Lanchang. Antaranya gajah, rusa, burung kasuari, beruang, arnab dan beruang madu atau dikenali juga sebagai Sun Bear. Para pengunjung dapat melihat haiwan liar ini dengan lebih dekat lagi tanpa pagar atau halangan. Pengunjung dapat “bermesra” malah memberi makan kepada haiwan-haiwan ini. Pengalaman unik yang anda peroleh di sini akan sentiasa tersemat di hati anda.
Lanchang terletak di Mukim Semantan, Pahang Darul Makmur. Mukim Semantan terkenal dengan sejarah perjuangan tokoh-tokoh Melayu seperti Dato’ Bahaman. Beliau tidak gentar menentang British demi negara yang tercinta. Keperwiraan beliau tetap dikenang dan diabadikan dalam sejarah negara kita.
|