Kegiatan Belia
enubuhan Persatuan Belia di bawah kelolaan Biro Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) berupaya menyelaraskan segala kegiatan belia kearah yang betul dan seimbang . Di samping kegiatan-kegiatan sukan, permainan dan kebudayaan, para belia di sini juga melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran terutama ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendera.
 |
|
| Pekerja di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah terdiri daripada golongan belia |
|
|
Selain itu, aktiviti-aktiviti belia di Lanchang juga mendapat kerjasama Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan Majlis Daerah Temerloh. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan untuk golongan belia seperti pertandingan bola sepak, badminton dan sepak takraw termasuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di bawah program Rakan Muda. Belia di sini juga menyumbang tenaga untuk mencari pendapatan sambilan di Taman Haiwan Deerland selain boleh memupuk semangat cintakan haiwan.
|