Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah
Kampung Kubu Gajah,
47000 Petaling
Selangor Darul Ehsan
   
 

Kaum Wanita Mempelbagaikan Sumber Rezeki Keluarga

W

alaupun tiada persatuan khusus untuk kaum wanita di Kampung Kubu Gajah, namun di bawah kelolaan pihak JKKK kampung, kaum wanita masih dapat bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan keagamaan dan kesenian. Antaranya pada setiap hari Isnin, satu sesi kelas mengaji Al-Quran diadakan di Balai Raya Kampung Kubu Gajah. Seorang ustaz jemputan dari kampung sekitar akan datang ke Kampung Kubu Gajah. Tujuan kelas pengajian Al-Quran ini diadakan adalah untuk membimbing kaum wanita, khasnya kaum ibu di kampung ini meningkatkan lagi kefasihan mereka di dalam pembacaan Al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu agama.

 
 
Kelas mengaji diadakan setiap hari Isnin di Balai Raya Kampung Kubu Gajah

Terdapat juga segelintir kaum wanita di Kampung Kubu Gajah yang terlibat di dalam aktiviti perniagaan. Pasar Mini Mila misalnya membekalkan pelbagai barangan runcit bagi keperluan penduduk. Butik Koleksi Primapersona pula menyediakan perkhidmatan perkahwinan seperti gubahan hantaran, perancang perkahwinan dan juga koleksi hamper perayaan untuk Hari Ibu, Hari Guru dan sebagainya. Selain itu, butik ini turut menganjurkan Bengkel Gubahan Hantaran.

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK