Memupuk Masyarakat Cintakan IT
| |
 |
| |
| Buku-buku yang terdapat di perpustakaan ini |
|
ntara usaha kerajaan untuk memupuk masyarakat yang celik IT (Teknologi Maklumat) ialah melalui penubuhan Pusat Internet Desa di bawah Program Pemberian Sejagat (USP). Melalui program ini kerajaan membekalkan beberapa unit komputer dan kemudahan Internet jalur lebar. Dengan penubuhan Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah ini, diharap akan dapat memberi peluang kepada penduduk kampung memanfaatkan teknologi IT di dalam kehidupan mereka.
Di Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah terdapat dua buah komputer, sebuah mesin pengimbas dan juga sebuah mesin pencetak. Perpustakaan ini diselia oleh seorang pegawai penyelaras iaitu Siti Nur Zaleha Mohd Yusof. Didirikan pada tahun 1986, perpustakaan ini telah menabur bakti lebih dari 20 tahun. Perpustakaan ini dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat, pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga, perpustakaan ini ditutup untuk orang ramai.
 |
|
| Siti Nur Zaleha, penyelia perpustakaan yang mesra |
|
|
Antara perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan ini ialah perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku, perkhidmatan Internet dan Multimedia dan perkhidmatan bahan rujukan pembelajaran. Kebanyakan buku-buku di sini diperoleh dari Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dan juga Perpustakaan Negara. Buku-buku yang terdapat di sini adalah dari peringkat pra persekolahan sehingga ke pengajian yang lebih tinggi.
|