Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah
Kampung Kubu Gajah,
47000 Petaling
Selangor Darul Ehsan
   
 

Tokoh Ternama Kelahiran Tempatan

M

engikut bancian penduduk pada 2006, dianggarkan seramai 5,500 orang menetap di Kampung Kubu Gajah. Jumlah penduduk yang berbangsa Melayu adalah kira-kira 4,000 orang. Jumlah ini sekaligus menjadikan kaum Melayu sebagai kaum majoriti yang menghuni Kampung Kubu Gajah ini.

Bersesuaian dengan kehidupan kampung, kebanyakan mereka membina rumah secara berderetan di pinggir-pinggir jalan. Penempatan sebegini disebabkan terdapatnya kemudahan-kemudahan tertentu seperti kedai-kedai runcit di sekitarnya. Terdapat juga penduduk kampung yang tinggal secara berkelompok atau yang bertaburan di merata-rata kawasan di dalam kampung. Jenis-jenis rumah yang dibina di Kampung Kubu Gajah ini terdiri daripada rumah jenis banglo, rumah teres, rumah batu dan rumah kayu.

Kebanyakan penduduk di Kampung Kubu Gajah boleh dikatakan telah mencapai taraf hidup yang diinginkan. Kampung ini juga telah melahirkan ramai tokoh yang berjaya seperti Profesor Dato' Dr Hamdan Adnan, seorang tokoh pendidik dan juga tokoh pengguna yang dihormati lagi dikenali ramai.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK