Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah
Kampung Kubu Gajah,
47000 Petaling
Selangor Darul Ehsan
   
 

Kraf Tangan Unik Dari Daun Getah Menjadi Tarikan

K

etiadaan tempat-tempat yang menarik di sekitar Kampung Kubu Gajah menyebabkan tidak ramai pengunjung luar datang ke kampung ini. Walau bagaimanapun keunikan kraf tangan yang dipelopori oleh Hajah Halimah Awang menjadi tumpuan penduduk-penduduk sekitar dan pelancong tempatan. Beliau bersama beberapa orang penduduk Kampung Kubu Gajah telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis kraf tangan berasaskan daun getah. Keistimewaan dan keunikan kraf tangan ini menjadi daya tarikan di Kampung Kubu Gajah.

 
Hajah Halimah merupakan pelopor kraf tangan berasaskan daun getah
 

Hajah Halimah dan kraf tangan daun getahnya begitu masyhur terutamanya ketika awal penemuan seni kraf tangan tersebut, iaitu pada tahun 1983. Pada tahun 1986, hasil kraf tangan Hajah Halimah telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Kejayaan Hajah Halimah berserta seni kraf tangan daun getahnya banyak menghiasi dada-dada akhbar seperti Utusan Melayu dan sebagainya.

Kepakaran dan kreativiti Hajah Halimah diturunkan kepada penduduk kampung yang berminat dalam seni kraf tangan. Penghasilan kraf tangan yang begitu unik ini turut menjadi ikutan beberapa buah kampung sekitar. Namun disebabkan kekurangan bekalan daun getah, maka pengeluarannya tidak dapat dilakukan secara besar-besaran.

Selain dari kraf tangan daun getah, Hajah Halimah turut menghasilkan kraf tangan yang diperbuat daripada daun pisang serta bahan terbuang seperti kertas majalah. Kedua-dua jenis kraf tangan ini lebih mudah untuk dihasilkan berbanding daun getah kerana bahan yang diperlukan lebih mudah diperoleh dan proses pembuatannya tidak begitu rumit. Antara jenis kraf tangan yang dihasilkan ialah bunga, bakul dan sebagainya.

Hajah Halimah dan juga JKKK kampung telah merancang untuk mengadakan satu pusat pengumpulan kraf tangan penduduk kampung. Semua hasil seni penduduk akan dikumpulkan di pusat pengumpulan kraf tangan ini dan dijual kepada penduduk sekitar. Buat masa ini, penjualan kraf tangan hanya berdasarkan atas permintaan pelanggan.

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK