Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah
Kampung Kubu Gajah,
47000 Petaling
Selangor Darul Ehsan
   
 

Kampung Kecil Penuh Adat

T

erletak kira-kira 30 minit pemanduan dari bandar raya Kuala Lumpur, Kampung Kubu Gajah merupakan sebuah kampung kecil yang dikelilingi oleh beberapa buah kampung di sekitarnya. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuh Raya Lembah Kelang Utara (NKVE) untuk ke sini. Terdapat juga laluan alternatif lain seperti Lebuh Raya Guthrie sekiranya anda dari Shah Alam.

"Rata-rata penduduk di sini masih kekal mengamalkan cara hidup kampung dan tidak terpengaruh dengan budaya luar."  
   

Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah terletak di tengah-tengah kawasan kampung. Lokasinya yang berhampiran dengan Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan balai raya memudahkan ia ditemui. Ia juga terletak bersebelahan dengan Tabika Prasekolah Sri Bestari. Pendek kata, perpustakaan ini terletak di pusat kegiatan penduduk Kampung Kubu Gajah.

Rata-rata penduduk di sini masih kekal mengamalkan cara hidup kampung dan tidak terpengaruh dengan budaya luar. Sikap bermuafakat yang diamalkan, kehidupan mereka membawa berkat seperti kata pepatah "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan". Walaupun kedudukan kampung di pinggir bandar, namun pemodenan tidak melekakan mereka mengamalkan nilai-nilai kehidupan yang murni. Sikap-sikap terpuji seperti bertegur sapa apabila bertemu dan bergotong royong dalam menjayakan sesuatu kenduri masih diamalkan oleh kebanyakan penduduk. Secara tidak langsung amalan ini mewujudkan suasana aman dan harmoni bagi penduduk kampung secara keseluruhannya.

 
 
Salah satu nama jalan di kampung ini

Kawasan Kampung Kubu Gajah kebanyakannya bertanah pamah. Tidak hairanlah terdapat kegiatan perladangan kelapa sawit di sini. Ada juga segelintir penduduk kampung yang menanam ubi kayu dan pelbagai jenis tanaman yang lain.

Kampung Kubu Gajah dibahagikan mengikut jalan-jalan seperti Jalan Gajah 1, Gajah 24 dan sebagainya. Papan tanda jalan di Kampung Kubu Gajah yang jelas memudahkan orang luar untuk bertandang ke sini.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK