Projek Bunga Komersial Menjadi Kebanggaan Penduduk
ata-rata penduduk Kampung Kubu Gajah rajin berusaha dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Pelbagai aktiviti perniagaan dijalankan oleh penduduk kampung untuk menambahkan pendapatan keluarga antaranya membuka bengkel membaiki motosikal, kedai dobi, kedai runcit dan sebagainya.
Haji Johari Abdul Manan merupakan seorang pengusaha tapak semaian bunga-bunga landskap. Terdapat lebih kurang 60 jenis bunga-bungaan ditanam di tapak semaian ini. Bunga Balung Ayam (Cristata) dan Bunga Tahi Ayam (Marigold) merupakan antara jenis bunga yang mendapat permintaan tinggi. Projek Bunga Komersial yang diusahakannya mencapai keluasan sehingga kira-kira lapan hektar. Bagaimanapun, disebabkan keluasan kampung yang agak kecil dan terhad , maka kawasan tapak semaian dibahagikan mengikut zon. Zon-zon ini yang terdiri dari Zon A sehingga Zon G berada di merata kawasan Kampung Kubu Gajah.
| |
 |
| |
| Bunga-bunga landskap yang ditanam di tapak semaian Tuan Haji Johari |
|
Sekiranya anda pernah berkunjung ke Wilayah Persekutuan Putrajaya, bunga-bunga landskap yang menghiasi sekitar kawasan Putrajaya kebanyakannya berasal daripada tapak semaian Haji Johari. Sekiranya terdapat individu yang ingin membeli bunga-bunga ini, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM2.50 untuk satu polybag dan ia terhad sehingga 10 polybag sahaja untuk seorang pembeli.
|