Kesihatan Penduduk Dititik Beratkan
anya terdapat sebuah klinik di Kampung Kubu Gajah, iaitu Poliklinik Permata. Klinik ini terletak kira-kira tiga kilometer dari Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah. Walau bagaimanapun klinik ini hanya merawat pesakit-pesakit luar. Segala masalah kesihatan yang serius biasanya dirujuk ke hospital berhampiran yang terletak di Bandar Baru Sungai Buloh. Selain itu terdapat juga sebuah klinik desa yang terletak di kampung bersebelahan iaitu Klinik Desa Kampung Paya Jaras Hilir. Selain menggunakan perubatan moden, ada juga segelintir penduduk kampung yang masih mengamalkan perubatan tradisional seperti khidmat bomoh, bidan kampung, tok mudim dan tukang urut.
 |
| Satu-satunya klinik yang terdapat di Kampung Kubu Gajah |
|
|