Keselamatan Menjamin Keamanan Kampung
eselamatan merupakan faktor penting dalam memastikan kehidupan masyarakat sentiasa aman dan terkawal. Tanggungjawab yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku organisasi utama yang menjaga keamanan negara tidak harus dipertikaikan. Pun begitu, terdapat juga pertubuhan-pertubuhan alternatif seperti Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang turut membantu dalam mengawal situasi yang boleh mengancam aspek keselamatan penduduk kampung.
| |
 |
| |
| Antara pos rukun tetangga yang dibina di kawasan kampung |
|
Selain khidmat RELA, terdapat juga Rukun Tetangga yang menawarkan khidmat menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk kampung. Terdapat kira-kira enam buah pos kawalan Rukun Tetangga yang dibina di sekitar kawasan Kampung Kubu Gajah. Balai polis yang terletak berhampiran dengan Kampung Kubu Gajah ialah di Sungai Pelong.
|