Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah
Kampung Kubu Gajah,
47000 Petaling
Selangor Darul Ehsan
   
   

Keakraban Sesama Kampung

K

ampung Kubu Gajah terletak di antara Kampung Merbau Sempak dan Kampung Paya Jaras Hilir. Disebabkan kawasan Kampung Kubu Gajah tidaklah begitu luas, jaraknya dengan kampung-kampung sekitar hanyalah sekangkang kera dan begitu mudah dihubungi. Untuk ke Bandar Baru Sungai Buluh misalnya, hanya memerlukan kira-kira 15 minit berkereta. Bandar ini menjadi tumpuan penduduk Kampung Kubu Gajah dan kampung-kampung sekitar untuk mendapatkan keperluan-keperluan lain yang tidak dapat diperoleh di kampung mereka.

 
 
Salah satu kampung yang hampir dengan Kampung Kubu Gajah

Aktiviti perniagaan sedikit sebanyak mewujudkan kesinambungan perhubungan di antara penduduk kampung-kampung berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya penduduk Kampung Paya Jaras Hilir ingin mendapatkan bekalan daging lembu, mereka perlu ke Kampung Kubu Gajah kerana di situ terdapat penternak lembu, ayam dan lain-lain. Pendek kata, mereka saling memerlukan di antara satu sama lain. Kampung-kampung ini dihubungkan melalui jalan utama yang berturap. Sekali gus ia memudahkan penduduk untuk ke kampung-kampung dan bandar berdekatan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK