Unik dan kreatif..! Begitulah yang dapat diucapkan tatkala melihat hasil seni kraf tangan Hajah Halimah. Daya kreativitinya mencipta pelbagai barangan daripada daun getah sememangnya mengagumkan mata yang memandang. Tidak terhad kepada daun getah semata-mata, daun pisang turut dijadikan sebagai hasil seni kraf tangan. Bahan terbuang seperti kertas majalah turut dijadikan hasil seni yang indah. Hajah Halimah tidak lokek untuk berkongsi kepakarannya bersama penduduk kampung yang lain. Kejayaan Hajah Halimah telah menaikkan nama Kampung Kubu Gajah.
Haji Johari, seorang penanam dan pembekal bunga semusim di Kampung Kubu Gajah juga telah berjaya mengembangkan perniagaannya. Bunga-bunganya boleh dilihat di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Antaranya di sepanjang kawasan Putrajaya, Persiaran Seri Perdana dan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
|