Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Kampung Kubu Gajah,
Kampung Kubu Gajah,
47000 Petaling,
Selangor Darul Ehsan
   
   

Generasi Muda Kampung Berkaliber

T

erdapat sebuah dewan yang menjadi pusat kegiatan para belia dan wanita di Kampung Kubu Gajah. Dikenali sebagai Balai Belia 4B, dewan ini terletak di Jalan Gajah 14. Para belia kampung bertumpu di dewan ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti persatuan seperti latihan kumpulan kompang, Kumpulan Khadrah oleh masyarakat Boyan, latihan kumpulan aerobik, permainan catur dan sebagainya.

 
Kebab menjadi sumber pendapatan sampingan
 

Persatuan Belia Kampung Kubu Gajah diketuai oleh Md Samsol bin Salih, yang juga Bendahari JKKK. Kegiatan belia selalunya aktif apabila menjelang perlawanan sukan seperti Pertandingan Futsal Daerah dan Pertandingan Bola sepak Di Antara 14 Taman. Ini adalah kerana ramai belia kampung telah berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Shah Alam untuk mencari rezeki. Ada juga yang masih menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar Malaysia.

Terdapat juga belia yang melibatkan diri di dalam bidang perniagaan. Contohnya, adik Mohd Arif Baharuddin baru berusia 16 tahun dan masih menuntut di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh. Pada setiap hari Isnin beliau akan berniaga kebab di pinggir jalan utama Kampung Kubu Gajah. Pendapatan yang beliau peroleh dalam sehari boleh mencecah sehingga RM200. Aktiviti perniagaan ini sedikit sebanyak menambahkan duit poket anak muda ini.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK