Zuriati Sulaiman Usahawan Berjaya
olongan wanita di daerah Kuala Pilah bergiat aktif dalam industri keusahawanan. Selain berperanan menjaga keluarga, mereka juga mengusahakan makanan dan produk mereka sendiri. Awie Enterprise merupakan sebuah syarikat makanan ringan yang terdapat di Kuala Pilah. Syarikat yang diusahakan selama tujuh tahun oleh seorang usahawan wanita tempatan yang bernama Zuriati Haji Sulaiman. Ia terletak di Pusat Perusahaan Pertanian Ampang Tinggi berhampiran dengan perusahaan produk Mas Cotek.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan membuat dan membekalkan serunding ikan bilis dan popia simpul. Modal sendiri digunakan sebanyak RM10, 000. Beliau mendapat bantuan peralatan serta sebuah bengkel dari Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan Negeri. Seramai dua orang pekerja terlatih membantu beliau mengusahakan perniagaan ini. Syarikat ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Sabtu.
Zuriati juga mengupah pekerja sambilan di kalangan suri rumah di sekitar Kuala Pilah untuk membantu beliau mempercepatkan dan memperbanyakkan lagi produk yang dihasilkan. Beliau juga memperkenalkan produknya yang berjenama Awie dan Soko jenama hasil Jabatan Pertanian di sekitar Seremban, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Pelbagai perancangan dilakukan untuk mempromosi produk serunding ikan bilis dan popia simpul ke pasaran seperti membekalkan produk makanan ke pasar raya sekitar Seremban. Syarikat Awie juga menerima tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan.
|