Perpustakaan Khazanah Ilmu
erpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah merupakan salah satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar menerusi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat hari ini.
| |
“Galeri Dokumentasi Dato’ Seri Utama Tan Sri Abdul Samad Idris dibina bagi mengenang jasa-jasa beliau” |
| |
|
Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah dibuka pada 30 Januari 2004. Perpustakaan ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad. Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menarik kalangan pelajar dan penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa yang mencari informasi. Kebanyakan sumber buku yang ada di sini dibekalkan oleh Perpustakaan Negeri.
 |
|
| Perpustakaan Awam Kuala Pilah |
|
|
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan ini adalah pertandingan menulis jawi untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan pertandingan bercerita untuk sekolah-sekolah daerah Kuala Pilah anjuran Perpustakaan Awam. Di perpustakaan ini terdapat sebuah Galeri Dokumentasi Dato’ Seri Utama Tan Sri Abdul Samad Idris. Galeri ini diwujudkan bertujuan untuk memperingati jasa-jasa beliau dalam perkembangan pendidikan negara. Di samping itu, galeri ini juga digunakan bagi membuat kajian tentang latar belakang beliau. Terdapat barangan-barangan dan gambar-gambar tinggalan beliau yang diletakkan di perpustakaan ini.
Perpustakaan ini di bawah seliaan seorang pembantu perpustakaan iaitu Siti Hazidah Manap. Beliau bertanggungjawab menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu.
|