Kuala Pilah Berasal Dari Bilah Buluh

K

uala Pilah, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat tempatan mahupun luar. Bukan sahaja terkenal dengan kekayaan adat budaya masyarakat setempat dan keramahan penduduknya malah Kuala Pilah menjadi pusat daya tarikan pelancong.

 
Perkarangan Istana Sri Menanti
 

Kuala Pilah pernah dijadikan Ibu Negeri Sembilan satu ketika dahulu sebelum Seremban. Ia memperolehi nama sempena nama sungai iaitu Sungai Pilah. Perkataan Pilah berasal dari perkataan bilah buluh. Ia disebut dengan menggunakan loghat Kuala Pilah pada waktu dulu. Ini kerana pokok buluh banyak tumbuh di kawasan ini. Buluh dijadikan peralatan kegunaan di rumah ketika itu, seperti raga, bakul dan sebagainya.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK