Penduduk Kuala Pilah Multi Nasional
engikut bancian dianggarkan penduduk di sekitar Kuala Pilah adalah 78,000 orang. Penduduk di sini terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan keturunan. Kaum Melayu mewakili 80 peratus daripada populasi penduduk dan selebihnya terdiri daripada kaum India, Cina dan kaum-kaum lain.
Penduduk Kuala Pilah yang multi nasional terkenal dengan sikap kemesraan, bersopan-santun dan berbudi bahasa. Ini sekali gus dapat memperkayakan adat resam dan kebudayaan sedia ada. Sikap tolak ansur antara kaum yang wujud menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan. Kebudayaan yang ada di Bandar Kuala Pilah begitu unik dan menarik. Keunikan budaya ini tetap dipelihara walaupun kini arus pembangunan semakin pesat berkembang. Semua penganut menghormati agama dan kebudayaan masing-masing. Sekaligus dapat hidup dalam keadaan aman serta harmoni.
|