Mas Cotek Penyembuh Pelbagai Penyakit
ektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sebuah sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Teras utama pembangunan pertanian adalah untuk menjadikan sektor ini sebagai salah satu sumber utama pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, penduduk Kuala Pilah menyahut cabaran kerajaan untuk menjadikan Kuala Pilah sebagai destinasi pertanian yang menyumbang kepada pendapatan penduduk Kuala Pilah.
| |
“Teras utama pembangunan pertanian adalah untuk menjadikan sektor ini sebagai salah satu sumber utama pertumbuhan ekonomi negara” |
| |
|
Madzlan Abdul Rahman merupakan seorang pengusaha pertanian berasaskan herba di daerah Kuala Pilah. Madzlan mengusahakan tanaman pokok herba Mas Cotek atau nama saintifiknya Ficus Deltoidea untuk dibekalkan kepada pengusaha pembuatan teh uncang dari tanaman Mas Cotek. Beliau mempunyai ladang dinamakan Adang Herbs seluas 0.8 hektar diusahakan bersama dua pekerja yang diupah oleh beliau untuk menjaga tanaman ini.
 |
|
| Pekerja memotong ranting kayu Mas Cotek yang pelbagai guna |
|
|
Mas Cotek merupakan tumbuhan ubatan yang semakin popular di kalangan pengamal perubatan tradisional. Dalam era teknologi moden, tanaman ini dikomersialkan menjadi produk yang boleh dipasarkan. Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan renek yang menumpang di mana nama Mas Cotek merupakan nama tempatan yang popular di bahagian Timur Semenanjung Malaysia. Nama Mas Cotek disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian tumbuhan ini. Setiap bahagian tumbuhan ini tidak kira bentuk, warna, rasa dan bau menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit.
| |
 |
| |
| Tumbuhan renek pelbagai khasiat |
|
Selain peranannya sebagai tumbuhan ubatan, ia juga dipasarkan sebagai tanaman hiasan. Terdapat dua jenis Mas Cotek iaitu Mas Cotek Jantan dan Mas Cotek Betina. Jantina pokok ini dibezakan oleh ukuran daunnya. Daun yang lebih besar dan berbentuk bulat menunjukkan pokok ini bersifat betina dan daun yang lebih kecil dan tirus adalah bersifat jantan. Daun Mas Cotek berwarna hijau di permukaan dan berwarna emas di belakangnya. Cara penjagaan Mas Cotek amat mudah, daun Mas Cotek akan dipetik dan seterusnya akan dijemur di bawah cahaya matahari dalam masa tiga atau lima hari. Mas Cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti mengeluarkan toksin dalam badan, melancarkan perjalanan darah, membuang kolesterol serta lemak dalam badan dan sebagainya.
Perusahaan Mas Cotek ini dibantu oleh Jabatan Pertanian Negeri dari segi latihan, subsidi, khidmat nasihat dan pemasaran hasil tani. Ini kerana, kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam meningkatkan sektor pertanian demi memastikan pembangunan bidang ini seiring arus transformasinya. Dengan adanya pertanian buatan tempatan, rakyat Malaysia sudah mampu untuk membeli produk-produk yang lebih baik. Dengan mengkomersialkan sektor ini ia dapat merealisasikan hasrat tersebut seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi negara.
|