Kuala Pilah Pemangkin Generasi Berilmu
ntuk membentuk manusia yang berilmu, kerajaan telah menyediakan dan membina pelbagai kemudahan infrastruktur di bandar Kuala Pilah. Antara kemudahan tersebut termasuklah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam, Asrama Penuh, Matrikulasi, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Tabika Kemas, Perpaduan Tadika-tadika swasta, seperti Tadika ”Kita” dan Tadika Abim.
| “Tuan Haji Mohamed Zon Ramli pengarah pertama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan” |
|
| |
|
Di antara sekolah rendah yang terdapat di Kuala Pilah ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Pilah, Sekolah Rendah Tuanku Munawir, Sekolah Rendah Tuanku Kurshiah, Sekolah Kebangsaan Chung Hua dan Sekolah Kebangsaan Tamil. Selain itu, terdapat juga sekolah menengah seperti Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Sekolah Menengah Tunku Muhammad, Sekolah Menengah Za’ba, Sekolah Menengah Tuanku Kurshiah dan Sekolah Menengah Chung Hua.
Di samping itu, terdapat juga Pusat Pengajian Tinggi di Kuala Pilah seperti Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) yang dibuka pada 1 Januari 2000. Kolej ini terletak di Batu 46, Jalan Tampin, Kuala Pilah. KMNS dibina di atas tapak seluas kira-kira 28 hektar. Tapak KMNS merupakan bekas tapak Pusat Matrikulasi UKM. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan diterajui oleh Tuan Haji Mohamed Zon Ramli sebagai Pengarah yang pertama. Beliau dibantu oleh seramai 40 orang pensyarah dan empat staf sokongan.
Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu negeri yang dipilih untuk penempatan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru. UiTM yang baru ini dibina dalam Daerah Kuala Pilah. Kampus Sementara UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999. Selain itu pihak kerajaan juga sedang membina kampus baru bagi Universiti Teknologi MARA Cawangan Kuala Pilah yang terletak di Kampung Beting, untuk menampung jumlah penuntut yang semakin meningkat. Upacara pecah tanah bagi tapak pembinaan itu telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Ogos 2007.
|