Industri Pelancongan Memacu Ekonomi Negeri
elaras dengan hasrat kerajaan Negeri Sembilan untuk menjadikan industri pelancongan sebagai penyumbang ekonomi dalam negeri, Daerah Kuala Pilah telah dibangunkan sebagai pusat rekreasi dan pelancongan. Kuala Pilah atau dikenali dengan jolokan ”Bandar Diraja di Negeri Sembilan” terkenal sebagai pusat pelancongan kebudayaan dengan seni warisan adat perpatihnya.
Eko pelancongan di Kuala Pilah adalah satu bentuk pelancongan jangka panjang yang mampan dan membawa faedah kepada rakyat tempatan dan negara. Eko pelancongan turut menggalakkan pemuliharaan alam sekitar di samping menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosioekonomi yang positif.
| |
“Eko pelancongan menggalakkan penglibatan tempatan dalam meningkatkan ekonomi negara” |
| |
|
Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar adalah Rumah Rehat Kuala Pilah yang terletak dua kilometer dari Bandar Kuala Pilah. Rumah Rehat Kuala Pilah diselia oleh Pejabat Daerah Kuala Pilah. Rumah rehat ini juga terletak berhampiran dengan Terminal Bas Kuala Pilah dan ia memudahkan pengunjung untuk ke sini. Rumah rehat ini mempunyai sebuah restoran, bilik mesyuarat dan dua buah chalet. Rumah rehat ini beroperasi 24 jam dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Terletak di dalam kawasan taman bunga dengan suasana tenang dan selesa.
Hutan Rekreasi Ulu Bendul
 |
|
| Air sungai mengalir di celah-celah batu di Hutan Lipur Ulu Bendul |
|
|
Selain itu, anda boleh berkunjung ke Taman Rekreasi Ulu Bendul. Taman Rekreasi ini terkenal di kalangan penduduk Kuala Pilah yang ingin menikmati alam semula jadi. Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan bertindak sebagai benteng dan landskap semulajadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan unik untuk dikunjungi atau mandi-manda.Terdapat pelbagai jenis tumbuhan liar, flora di hutan rekreasi ini yang mampu memberikan suasana aman dan damai. Terdapat beberapa kemudahan disediakan untuk keselesaan pengunjung seperti kawasan permainan kanak-kanak, gerai makanan, tapak perkhemahan, surau, pondok rehat, trek joging dan chalet untuk mereka yang ingin bermalam di sini. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, tempat ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan dan keluarga.
|