“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”

B

IAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT" pepatah yang begitu sinonim dengan Negeri Sembilan Darul Khusus kerana ia bukan sekadar omongan kosong, tetapi mempunyai maksud mendalam dan masih dikekalkan hingga ke hari ini. Salah satu daerah yang terdapat di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah. Kuala Pilah adalah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Daerah Kuala Pilah terletak di bahagian tengah Negeri Sembilan dan merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Sembilan.

 
 
Pintu gerbang menuju Istana Sri Menanti

Jarak perjalanan ke bandar Kuala Pilah sejauh 37 kilometer dari bandar Seremban. Sebuah mercu tanda yang berbentuk Tengkolok Diraja didirikan di sempadan Kuala Pilah – Seremban oleh kerajaan negeri. Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah terletak dalam bandar Kuala Pilah. Jarak perpustakaan ini lebih kurang 300 meter dari bandar Kuala Pilah.

Kuala Pilah juga terkenal kerana keunikan budaya dan kaya dengan seni warisan adat perpatihnya selain pusat pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung. Sebagai daerah yang membangun dengan sektor pertanian, Kuala Pilah juga terkenal dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK