IKS Sebagai Sumber Pendapatan Utama
idang keusahawanan di Kuala Pilah merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di Kuala Pilah. Di antara perusahaan yang semakin meningkat di Kuala Pilah adalah proses pembuatan produk Emas Cotek dan pembuatan makanan berasaskan coklat.
Syarikat Ay Jay Enterprise merupakan sebuah syarikat pembekal produk Emas Cotek dan anak benih yang terdapat di Kuala Pilah. Ia telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2005. Syarikat ini kepunyaan usahawan tempatan iaitu Tuan Haji Mat Aris Mat Latib. Beliau mempunyai tiga orang pekerja yang terdiri daripada rakyat tempatan.
| “Mas Cotek dikumpulkan daripada 14 pengusaha tanaman herba sebelum diproses” |
|
| |
|
Antara produk yang dibekalkan oleh syarikat Ay Jay Enterprise ialah produk kesihatan berasaskan daun herba Mas Cotek seperti teh uncang, lulur Mas Cotek, pil-pil dan minyak Mas Cotek. Semua produk yang dikeluarkan akan diproses dan dibungkus oleh syarikat ini sendiri di sebuah bengkel pemprosesan herba yang terletak di Pusat Perusahaan Pertanian Ampang Tinggi, Jalan Seremban-Kuala Pilah. Bengkel pemprosesan ini diuruskan oleh Mohammad Jamil Yahya. Sumber bahan mentah seperti daun herba Mas Cotek diperolehi daripada 14 pengusaha tanaman herba di sekitar daerah Kuala Pilah. Bengkel pemprosesan ini berupaya untuk memproses sejumlah 50 kg daun herba Mas Cotek atau 30, 000 uncang teh sebulan. Jabatan Pertanian Negeri telah memberi bantuan seperti bantuan peralatan dan bengkel pemprosesan keropok.
Perusahaan Berasaskan Coklat
Selain itu, terdapat sebuah perusahaan pembuatan makanan berasaskan coklat. Zaira Food Technology merupakan sebuah syarikat pemprosesan makanan coklat yang terletak di Pusat Perusahaan Pertanian Ampang Tinggi. Syarikat ini dimiliki oleh seorang anak tempatan iaitu Azian Razak. Syarikat ini telah beroperasi selama tiga tahun sejak ditubuhkan pada 2004.
Semua produk coklat yang dihasilkan oleh syarikat ini terdiri daripada pelbagai perasa seperti Blueberry, Strawberry, Mocha, badam dan kacang. Selain dari menghasilkan produk untuk jualan, syarikat yang mempunyai tiga orang pekerja ini juga menerima tempahan bagi penyediaan hantaran perkahwinan dan cenderahati bagi majlis-majlis tertentu.
|