Perubatan Moden Menjamin Kesihatan Penduduk
erajaan menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti hospital besar, klinik kesihatan, klinik pergigian dan klinik bagi ibu-ibu mengandung. Kemudahan kesihatan disediakan agar penduduk Kuala Pilah dapat menjalani kehidupan yang sihat dan lebih ceria. Antaranya kemudahan kesihatan yang disediakan ialah Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah dan Klinik Kesihatan Kuala Pilah.
Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah dan Klinik Kesihatan Kuala Pilah terletak tiga kilometer dari Bandar Kuala Pilah. Klinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik kesihatan ini memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk sekitar Bandar Kuala Pilah.
Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan dan juga menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan termoden untuk setiap peringkat umur.
|