Keselamatan Dijaga Keharmonian Terpelihara
| |
 |
| |
| Kedudukannya yang strategik memudahkan orang ramai berurusan |
|
ntara kemudahan-kemudahan keselamatan yang disediakan di Kuala Pilah adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah. Balai Polis ini terletak di Bandar Kuala Pilah. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bandar membuatkan ia mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai untuk berurusan. Bangunan dua tingkat ini dibina di tepi jalan Kuala Pilah-Bahau. Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah memantau dan mengawal keselamatan di dalam bandar dan sekitarnya. Ini termasuklah menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk di sekitar Bandar Kuala Pilah, Terachi, Ampang Tinggi, Johol dan Seri Menanti. Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah terdiri daripada pelbagai bahagian antaranya Cawangan Narkotik, Bahagian Jenayah, Penyelidikan dan Pembangunan, Pentadbiran, Pembantu, Bahagian Hal Ehwal Awam dan sebagainya. Ia diwujudkan bagi memastikan agar Ibu Pejabat Polis dapat mencapai matlamatnya dalam membasmi kegiatan jenayah di Kuala Pilah.
Terdapat juga Pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah. Bangunan satu tingkat ini telah dibina pada awal tahun 1990-an. Jabatan ini memikul tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi bantuan terawal apabila berhadapan dengan sesuatu kecemasan. Selain itu, Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Pilah bertindak dalam memberikan khidmat mencegah dan memadam kebakaran. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar memudahkan jabatan ini memperolehi maklumat dengan pantas dan bantuan segera dapat disalur.
|