Kemudahan Lengkap Memudahkan Penduduk Tempatan
emudahan asas di Daerah Kuala Pilah sangat lengkap dengan prasarana yang telah dibangunkan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah. Kemudahan asas yang utama seperti jalan raya berturap memudahkan orang ramai datang ke sini tanpa sebarang masalah. Penduduk Daerah Kuala Pilah kini mampu menikmati bekalan air bersih dan bekalan elektrik serta mendapat manfaat daripada projek pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan negeri.
| |
 |
| |
| Tokong yang terletak bersebelahan masjid di Pekan Kuala Pilah |
|
Kemudahan prasarana yang lain seperti dewan orang ramai, klinik kesihatan dan hospital, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau dan taman permainan turut disediakan bagi memudahkan penduduk Kuala Pilah. Sistem pengangkutan bas awam dan teksi yang disediakan pada kadar berpatutan menjadi pilihan penduduk berulang-alik ke bandar Seremban. Selain itu, prasarana lengkap membolehkan penduduk menikmati kehidupan yang lebih sempurna. |