Hubungan Erat Antara Mukim

K

uala Pilah terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah. Terdapat 11 buah mukim di daerah ini dengan 117 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tradisi, tujuh buah JKKK Kampung Baru, sebuah JKKK Orang Asli, satu Skim Penempatan Felda (Kepis) dan sebuah Majlis Tempatan yang ditadbirkan Oleh Majlis Daerah Kuala Pilah.

“Amalan kunjung-mengunjungi masih lagi diteruskan”  
   

Antara mukim yang terdapat di Daerah Kuala Pilah ialah Mukim Ulu Muar, Mukim Ampang Tinggi, Mukim Pilah, Mukim Seri Menanti, Mukim Terachi, Mukim Juasseh, Mukim Ulu Jempol, Mukim Kepis dan Mukim Johol. Antara kampung-kampung yang terdapat di Kula Pilah ialah Kampung Ampang Tinggi, Kampung Pilah Tengah, Kampung Juasseh Tengah dan Kampung Tanjung Ipoh.

Walaupun kampung-kampung di Daerah Kuala Pilah terletak berhampiran Bandar Kuala Pilah, kebanyakan penduduk Kuala Pilah mempunyai kenderaan sendiri dan ada di antara penduduk menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi untuk ke bandar berdekatan.

Amalan kunjung-mengunjungi masih diamalkan dan diteruskan oleh penduduk di bandar Kuala Pilah. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan penduduk sekitar Kuala Pilah seperti Liga Bola Sepak Piala-Piala Menteri Besar dan Piala Pegawai Daerah diadakan bertujuan untuk merapatkan perpaduan antara penduduk Kuala Pilah.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK