Tanaman Mas Cotek Dikomersialkan

S
 
 
Selain daun, batang pokok Mas Cotek juga berguna dari segi perubatan

ektor ekonomi penduduk Kuala Pilah dijana melalui pertanian, keusahawanan, pelancongan, bekerja sendiri dan berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta. Kira-kira 40 peratus penduduk Kuala Pilah menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan keusahawanan dan 60 peratus penduduk berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta yang wujud di sekitar bandar Kuala Pilah dan bandar Seremban.

Sektor pertanian di Kuala Pilah merangkumi penanaman pokok buah naga, pokok pisang dan penanaman pokok herba Mas Cotek. Selain itu, terdapat juga pertanian sampingan seperti menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan di kawasan rumah mereka untuk dipasarkan kepada penduduk di situ.

 
Sekumpulan rusa berkeliaran di padang ragut berhampiran Jemapoh
 

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang dalam menjana pendapatan penduduk Kuala Pilah. IKS yang diusahakan oleh penduduk Kuala pilah seperti industri pembuatan teh uncang herba Mas Cotek dan pembuatan makanan berasaskan coklat. Pembabitan penduduk dalam IKS membantu meringankan beban keluarga mereka. Bantuan dari segi kemahiran, latihan, barangan dan juga pinjaman sedikit sebanyak membantu sektor perusahaan kampung berkembang dengan jayanya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK