Kuala Pilah adalah salah satu dari tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Daerah Kuala Pilah terletak di bahagian tengah Negeri Sembilan dan merupakan daerah ketiga terbesar. Daerah Kuala Pilah disaliri oleh lima sungai utama iaitu Sungai Jelai, Sungai Pilah, Sungai Seri Menanti, Sungai Johol dan Sungai Terachi.

Kuala Pilah terkenal dengan perusahaan tanaman herba Mas Cotek. Mas Cotek atau nama saintifiknya ‘ficus deltoidea’ dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang di atas pokok lain atau dikenali sebagai epifit. Secara tradisi, daun Mas Cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan. Selain itu, Mas Cotek juga berupaya mencegah dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti penyakit paru-paru berair, kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan cirit-birit.


Pertanian dan Perladangan Pelancongan

Mas Cotek merupakan tumbuhan ubatan yang semakin popular di kalangan pengamal perubatan tradisional. Dalam era teknologi moden, tanaman ini dikomersialkan menjadi produk yang boleh dipasarkan. Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan renek yang menumpang di mana nama Mas Cotek merupakan nama tempatan yang popular di bahagian Timur Semenanjung Malaysia

Selain itu, anda boleh berkunjung ke Taman Rekreasi Ulu Bendul. Taman Rekreasi ini terkenal di kalangan penduduk Kuala Pilah yang ingin menikmati alam semula jadi. Keunikan taman ini dihiasi dengan kedinginan air terjun yang mengalir melalui batu-batu serta dilindungi Hutan Simpan Angsi. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan liar, flora di hutan rekreasi ini yang mampu memberikan suasana aman dan damai.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK