Belia Penggerak Kemajuan dan Kemakmuran Negara

A

ktiviti belia Kuala Pilah dipantau oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan Majlis Daerah Kuala Pilah. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan khas untuk golongan belia seperti pertandingan bola sepak, pertandingan badminton dan sepak takraw. Aktiviti sebegini sering mendapat sambutan menggalakkan dari belia di kawasan Kuala Pilah.

 
Kompleks rakan muda yang menawarkan berbagai jenis prasaranan sukan di Kuala Pilah
 

Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Muda untuk golongan belia di Kuala Pilah. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Muda Daerah Kuala Pilah ialah Kem Bina Diri Remaja Belia Parlimen Kuala Pilah, Kem Anugerah Remaja Perdana, Program Berkayak Dan Aktiviti Lasak Kelab Rakan Muda Wawasan Desa, Program Membaca Ceramah dan Bacaan Yasin bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba dan Seminar Pengenalan Senamrobik Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Program-program ini diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Pilah. Di kompleks ini terdapat kemudahan-kemudahan yang mencukupi untuk menganjurkan aktiviti sukan dan kem-kem motivasi. Aktiviti ini bagi mewujudkan golongan belia yang memiliki keperibadian bersepadu dari segi rohani dan jasmani, bertanggungjawab, sukarela untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK