Kemudahan komputer digunapakai secara kerap oleh penduduk kampung.

Kemudahan Internet Secara Percuma

A

kta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) telah mengeluarkan beberapa garis panduan untuk industri komunikasi dan multimedia Malaysia khasnya di kawasan penempatan pedalaman yang jauh dari pinggir kota. Panduan-panduan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang digital di kawasan luar bandar dan pedalaman. Pelbagai langkah dilaksanakan supaya kemudahan di perpustakaan desa dilengkapi dengan semua keperluan untuk masyarakat. Perpustakaan Desa Kampung Kuala Paya memulakan perkhidmatannya pada bulan Disember 1994. Perpustakaan ini diselia oleh seorang pegawai penyelaras iaitu Mohd Samsudin Wahab. Ia beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat, bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

 
PD ini lengkap dengan pelbagai jenis bahan bacaan
 

Kemudahan yang terdapat di perpustakaan desa ini lengkap dengan pelbagai jenis buku, dua unit komputer sumbangan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), mesin pengimbas dan pencetak. Peralatan-peralatan ini diselenggara sekali dalam masa tiga bulan. Perkhidmatan Internet di Perpustakaan Desa Kampung Kuala Paya menggunakan sistem jalur lebar.

Antara aktiviti yang pernah dijalankan di perpustakaan ini ialah kelas membaca dan pertandingan bermain congkak. Perpustakaan ini menyediakan kemudahan pinjaman serta pemulangan buku kepada penduduk kampung terutamanya kepada para pelajar sekolah. Ia juga menyediakan kemudahan rujukan dari peringkat rendah hingga ke universiti untuk kegunaan penduduk sekitar dengan percuma. Kebanyakan buku ini diperoleh daripada Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Negeri Johor.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK