Kuala Paya dilatari padang rumput dan hutan belukar

Kampung Tradisi Melayu

K

ampung Kuala Paya adalah sebuah kampung tradisional yang dibuka pada tahun 1898. Semasa zaman darurat, komunis yang melanda negara pada tahun 1953, sebahagian penduduk dari kawasan lain telah berhijrah ke sini untuk membuka penempatan baru. Penghijrahan mereka telah meluaskan kawasan Kampung Kuala Paya yang didiami oleh penduduk berbangsa Melayu. Ekoran itu, Kampung Kuala Paya beransur-ansur membangun dan menjadi sebuah perkampungan tradisional yang indah dan permai.

 
 
Bekas kawasan paya yang membawa kepada nama Kampung Kuala Paya

Terletak lebih kurang tiga kilometer dari Pekan Buloh Kasap yang dihubungkan dengan sebatang jalan raya. Kampung ini mempunyai kemudahan serta infrastruktur yang lengkap sebagai sebuah kampung di kawasan luar bandar.

Menurut sejarah, nama Kampung Kuala Paya berasal dari sebuah kawasan paya yang luas terletak di kampung ini. Kawasan paya yang luas ini berhubung dengan sebatang sungai iaitu Sungai Muar yang merentasi kampung ini. Dari itu, bersempena dengan kuala itulah kampung ini dinamakan Kampung Kuala Paya.

Namun kini, cuma kelihatan kawasan paya yang telah kering dan ditanam dengan tanaman getah. Satu ketika dahulu, sebelum terbinanya jalan raya, penduduk di kampung ini menggunakan Sungai Muar sebagai jalan perhubungan utama.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK