Sayur timun ditanam secara komersial menggunakan kaedah moden

Dusun Buah-buahan

K

ebanyakan penduduk Kampung Kuala Paya bekerja sendiri seperti berniaga kecil-kecilan. Mereka juga menjadi peladang atau petani. Antara pokok yang ditanam adalah getah, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pertanian dilakukan oleh penduduk sekitar sebagai langkah bijak menggunakan tanah terbiar bagi menjana ekonomi. Di dusun pula, banyak tanaman seperti durian, rambutan, nangka, pisang dan sebagainya ditanam. Manakala sayur-sayuran hanya ditanam sebagai tanaman sara diri untuk kegunaan sendiri.

 
Getah merupakan tanaman utama Kampung Kuala Paya
 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK