Segamat Pesat Membangun
i Kampung Kuala Paya tidak mempunyai sebarang lokasi pelancongan yang khusus atau terkenal. Namun, para pengunjung masih boleh melawati kawasan-kawasan tertentu bagi merasai suasana dan pengalaman menarik di beberapa lokasi pelancongan yang berhampiran dengan Kampung Kuala Paya iaitu di sekitar Bandar Segamat itu sendiri.
Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai lokasi utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan dikenali sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian telah dilakukan bagi mengindahkan Bandar Segamat, termasuklah Menara Jam dan replika buah durian. Kedua-dua mercu tanda itu menjadi daya tarikan pengunjung ke situ. Selain itu, terdapat kedai menjual kraf tangan dan deretan gerai kecil di situ untuk kemudahan pengunjung membeli-belah.
Di samping itu, Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah Bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja. |