Pembuatan Kraf tangan
| |
 |
| |
| Ahmad Tahar menunjukkan salah satu proses membuat sarung parang |
|
erdapat seorang pengusaha kraf tangan terkenal di Kampung Kuala Paya iaitu Ahmad Tahar. Beliau mula mengusahakan perniagaan ini pada tahun 1975 dengan menggunakan modal sendiri. Kini, penglibatan beliau dalam seni pembuatan barangan tradisional telah menarik perhatian ramai pelanggan sehingga ke Kuala Lumpur.
Antara produk tradisional yang diusahakan beliau adalah tongkat hulu, sarung parang, hulu keris, senduk tempurung kelapa dan sebagainya. Sejak mula pembabitan beliau dengan aktiviti ini hingga sekarang, Ahmad melakukannya secara sendirian. Menurut beliau, kemahiran yang dimilikinya bukan datang daripada sesiapa tetapi adalah bakat semula jadi.
|