Kualiti Kesihatan Terjamin
enduduk-penduduk di Kampung Kuala Paya boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terdapat di Klinik Desa Kampung Kuala Paya. Klinik ini dikendalikan oleh Jururawat Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan lain yang turut disediakan di klinik ini ialah rawatan pesakit luar, program perancang keluarga, pendidikan pemakanan dan kesihatan serta kesihatan remaja dan warga tua.
Pesakit juga boleh mendapatkan rawatan dari Hospital Segamat terutama yang melibatkan kes-kes serius. Manakala bagi wanita yang baru bersalin, perkhidmatan mengurut selepas bersalin boleh didapati di Kampung ini selain kaedah-kaedah perubatan tradisional lain seperti urut tradisional, berkhatan dan juga bidan.
|