Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
idak ada Balai Polis, Balai Bomba atau Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kampung Kuala Paya. Walau bagaimanapun Balai Polis terdekat terletak di Pekan Buluh Kasap manakala Balai Bomba dan Penyelamat terletak di Segamat. Justeru, Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan sebagai satu usaha membantu mengatasi masalah di kampung. Bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin, RELA telah melakukan beberapa aktiviti seperti membuat rondaan dan mengawal kampung mengikut jadual giliran bertugas. Anggota RELA biasanya akan membuat rondaan dari jam 12.00 malam hingga jam 5.00 pagi.
|